Sejarah PDK
Bermula pada Februari 2003, bertempat
di sebuah bilik di Pusat Kesihatan Bukit Changgang, dengan inisiatif dan
kesungguhan Puan Sutilah Binti Haji Sirat dan Puan Norlelati Binti Harun dengan
bantuan dan bimbingan ketua jururawat Puan Norsiah Binti Mohd Noor, maka
tertubuhlah sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bukit Changgang.
Seramai 5 orang pelatih menjadi perintis di pusat ini dengan tiada apa - apa
kemudahan dan bantuan kewangan.
Kegigihan mereka untuk menggerakkan
pusat ini bagi membantu anak- anak dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
diteruskan walaupun dalam keadaan yang cukup sukar dan serba kekurangan. Mereka
telah berbincang dengan Encik Sellomany, iaitu Pengerusi PDK Telok Datok dan
dr. Intan, iaitu Pegawai Perubatan Bukit Changgang dengan kerjasama Encik
Bazlan, iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Langat untuk menubuhkan PDK
Bukit Changgang. Akhirnya pada bulan Mac 2004, setelah dipersetujui oleh semua
pelatih yang terlibat, tertubuhlah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bukit
Changgang secara rasmi yang dipengerusikan oleh Encik Raja Wahab Bin Raja
yaakob yang ditempatkan sementara di Bilik Pusat Kesihatan Bukit Changgang
dengan pelatih seramai 6 orang.
Setelah beroperasi selama lebih kurang
setahun tanpa bantuan dari pihak yang berkuasa, perjalanan operasi PDK tidak
berjalan lancar, hanya Pusat Kesihatan Bukit Changgang sahaja yang memberikan
bantuan kepada PDK ini. Encik Raja Wahab Bin Raja Yaakob selaku pengerusi PDK
telah meletakkan jawatan atas sebab kesihatan pada bulan mac 2004.
PDK Bukit Changgang terus dilanda
masalah kerana kekurangan bantuan dan sokongan serta kewangan. Pada bulan Mei
2004, Puan Sutilah Haji Sirat dan Puan Roslinah Binti Basar telah berjaya
membawa masuk Haji Sabari Bin Misran, iaitu Pegawai Khas Yang Berhormat Dato’
Haji Mohd Sharif sebagai Pengerusi PDK yang baru bagi menggerakkan PDK ini.
Beliau telah bermula untuk memulihkan semula PDK ini.
Beliau telah berjaya mendapatkan
sedikit peruntukan dari Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dengkil dan Pusat zakat
Selangor untuk membiayai kos makanan pelatih dan sejumlah elaun petugas PDK.
Bilangan pelatih telah bertambah kepada 11 orang. Beliau juga telah berusaha
keras bagi memastikan PDK ini didaftarkan dengan jabatan Kebajikan Masyarakat
Kuala Langat (JKM Kuala Langat). Beberapa siri mesyuarat dan perjumpaan telah
diadakan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Langat bagi tujuan tersebut.
Pada bulan Januari 2005, Tuan Haji
Bin Misran selaku pengerusi dan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa PDK telah
mengambil keputusan berpindah ke sebuah rumah kedai di Bukit Changgang yang
disewa dengan kadar RM500.00 sebulan. Perpindahan ini adalah disebabkan bilk
yang digunakan di Pusat Kesihatan Bukit Changgang sudah tidak dapat menampung
bilangan pelatih yang bertambah ramai.
Pada bulan Januari 2005, Kerajaan
Negeri Selangor telah melantik Puan Hajar Nur Huda Ismail, isteri kepada ADUN
Dengkil, Tuan Haji Suhaimi Ghazali sebagai pengerusi PDK yang baru dan Tuan
Haji Sabari bin Misran dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PDK Penyanyang Bukit
Changgang.
PDK Bukit Changgang telah didaftarkan
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Langat pada bulan Jun 2007 dan
dikenali dengan nama Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Bukit Changgang
dengan pelatihnya seramai 16 orang. Sebahagian besarkos PDK ini termasuklah
elaun petugas dan pelatih dibiayai oleh JKM Kuala Langat.
Pada bulan Januari 2008, YB Tuan Haji
Suhaimi Ghazali, ADUN Dengkil telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100000.00
bagi membina sebuah bangunan PDK Penyayang Bukit Changgang dan dibina
bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai Bukit Changgang.
Pada bulan Januari 2009, PDK Penyayang
Bukit Changgang telah berpindah kebangunan yang baru yang lebih besar dan
selesa. Mesyuarat Agong pertama telah diadakan dan telah bersetuju melantik
Tuan Haji Sabari bin Misran, menjadi pengerusi semula dan Puan Hajah Nur Huda
Bt Ismail sebagai Penaung PDK Bukit Changgang.
No comments:
Post a Comment